MDS (Minggu Destini Siswa) yang dijalankan untuk kos kami pada waktu itu adalah di Kampus Uitm Puncak Alam. MDS sememangnya memenatkan, korang semua akan kurang waktu rehat dan tidur sepanjang ia berlangsung. Kalau tidur pun dapat dalam 2-3 jam sahaja setiap hari. Pesan sy yg utama disini untuk adik-adik, jangan sesekali bawa barang yg berharga sepanjang MDS ini. Korang akan ada banyak lagi masa selepas habis MDS tu untuk ambil semula barang-barang berharga korang macam laptop dan sebagainya sebab kes-kes kecurian memang banyak berlaku sepanjang MDS berlangsung. Setelah tamatnya seminggu MDS di Palam (Puncak Alam) korang semua akan dipindahkan ke kampus masing-masing mengikut Kampus korang yang dinyatakan dalam surat tawaran. Jadi bagi kos sy Sains Maklumat ini, akan dipindahkan ke Kampus Uitm Puncak Perdana.
Kampus Uitm Puncak Perdana letaknya dekat sahaja dengan kampus Palam, dalam 15-20 minit dah boleh sampai kalau naik motor. Di kampus Puncak Perdana ini hanya dua fakulti sahaja yang ada, iaitu IM (Information Management) dan FiTA (Film Theatre and Animation). Pelajarnya pula adalah dari Ijazah IM dan FiTA dan Diploma FiTA. Jadi, kolej juga hanya ada satu, iaitu Kolej Jasmine. Sejujurnya, pada mulanya sampai di Puncak Perdana ni sy ada rasa sedikit tidak puas hati sebab nak dibandingkan dengan Palam kampus mereka yg jauh lebih besar berserta fasiliti yang sangat memuaskan jika dibandingkan dengan kampus Puncak Perdana ni. Jadi bagi adik-adik yang mendapat tawaran disini, apa yang akan korang rasa awal-awal itu nanti adalah normal. Lama-kelamaan korang akan rasa bersyukur menetap di Kampus Puncak Perdana ni, sebab pertama jarak antara kolej dan fakulti korang sangat dekat. Kelas pukul 8.00am korang gerak pukul 7.50am pun sempat sampai tepat pada waktu di kelas, kolej korang pula berkonsepkan rumah apartment, satu rumah akan ada 8 orang, 3 bilik tidur, 2 bilik air berserta ruang tamu. Segala urusan korang berkaitan kolej, unit kesihatan dan sebagainya hanya dalam kawasan kampus dan kolej sahaja jadi tak perlu susah payah untuk keluar dari kolej. Tempat makan korang pula nanti samaada di kafe kolej atau anjung selera Puncak Perdana yg terletak berdekatan fakulti IM yg disebut "Kandang". Jangan terkejut, nama kandang tu memang digunakan sejak dulu lagi. Fasiliti Sukan pula ada Gelanggang Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar, Bola Keranjang dan Badminton (kesemua fasiliti sukan ini adalah berkonsepkan "Outdoor"). Ok setakat itu sahaja tentang kolej.
Seterusnya tentang kos yang ada di dalam fakulti IM ini.
4 kos yang ada di dalam Fakulti Pengurusan Maklumat/Sains Maklumat ini;
1. IM244, Pengurusan Perpustakaan, 2. IM245, Pengurusan Sistem Maklumat,
3. IM246 Pengurusan Rekod, 4. IM247, Pengurusan Pusat Sumber.
Sy akan terangkan ringkas berkenaan kos yg ada di dalam fakulti Pengurusan Maklumat ini. Syarat bagi setiap kursus yang ditawarkan dalam Fakulti ini adalah dengan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 2.33 dan MUET minimum Band 2. Pembelajaran bagi setiap kos di atas adalah dalam Bahasa Inggeris, samaada penyampaian dalam kuliah, presentation dan assignment. Bagi kos Pengurusan Perpustakaan dan Pengurusan Pusat Sumber, mereka belajar dalam skop yang hampir sama. Belajar cataloging, cara-cara menguruskan perpustakaan, menguruskan bahan-bahan yang ada di dalam perpustakaan menggunakan konsep-konsep tertentu. Seterusnya, Pegurusan Rekod belajar konsep-konsep pengurusan arkib, penyimpanan data-data maklumat dan rekod. Pengurusan sistem maklumat pula akan belajar cara menghasilkan sistem maklumat dan menguruskannya, dalam ni akan belajar coding html, c++, database, php dan beberapa sistem yang lain. Kos pengurusan sistem maklumat ini adalah hampir sama dengan kos sains komputer, tetapi tidak sedalam dan saintifik seperti mereka, kerana pelajar IM245 ini dididik untuk menguruskan sistem maklumat yang dihasilkan. Bagi kos selain IM245 di atas, banyak lagi yang tidak diterangkan kerana pelajaran mereka adalah berbeza mengikut kos. Bagi kos Pengurusan Perpustakaan IM244 juga bermula sem akan datang, 2017 mereka akan dipindahkan ke Kampus Rembau. Jadi hanya akan tinggal 3 kos di Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) UiTM Puncak Perdana.
Pelajar-pelajar IM yang baru sampai ke kampus ini nanti jangan terkejut dengan penampilan pelajar-pelajar FiTA terutamanya dari peringkat Diploma. Penampilan mereka ni memang ala-ala artis sedikit. Berkenaan Persatuan dan Uniform pula. Persatuan dalam Fakulti IM terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu; Persatuan Akademik, Non Akademik dan Persatuan Islamik. Persatuan akademik merangkumi keempat-emapt kos yang ada dalam fakulti Pengurusan Maklumat ini iaitu IM244 (GENLIS), IM245 (AIMS), IM246 (I-REC) dan IM247 (RECMA). Bagi persatuan Non-akademik pula, Information Management Student Association (IMSA), Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan Jawatan Penguatkuasa Kolej (JPK). Persatuan Islamik pula seperti Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Setiap persatuan ini berikan banyak manfaat terutamanya dalam mengasah "Soft-skill" dalam diri pelajar. Bagi Uniform pula, pelajar sesi "Second Intake" diwajibkan menyertai uniform Kesatria Negara pada sem yang pertama, kemudian boleh bertukar kepada kokorikulum lain yg disediakan pada semester yg seterusnya. Bagi pengambilan Palapes dan Suksis pula, pengambilan hanya dibuat pada "First Intake" sesi September. Jadi jika ada pelajar "Second Intake" yg berminat untuk sertainya, mereka diwajibkan untuk menyertai uniform Kesatria Negara dahulu pada sem pertama, kemudian memohon Palapes atau Suksis pada semester seterusnya (Bulan September) itu. Seperti sy sendiri, sy merupakan ahli persatuan IMSA dan juga merupakan Palapes Darat. Jadi itulah sahaja perkongsian sy setakat ini kepada saudara dan saudari. Insha-Allah sy akan update informasi-informasi terbaru yg mampu menjadi panduan dan rujukan berguna kepada semua yg membaca khususnya kepada bakal mahasiswa/mahasiswi UiTM Puncak Perdana. Sebarang persoalan dan komen yg berkaitan amat dialukan. Terima Kasih
Wow, what a great article evah. Looking forward for the lastest one! ��
ReplyDeleteπ
Deletesaya dpt deg pengurusan perpustakaan dkt puncak perdana. tp dlm ni kata kena pindah kampus rembau ?? mcm mana tu ? kiranya daftar kt pp ke kt kampus rembau ?
ReplyDeleteπ
Deleteπ
ReplyDeleteCasinos Near Me - New Buffalo Hotel & Casino
ReplyDeleteFind the closest casinos near you. Find your ideal location right here. λμ κ΄μ μΆμ₯μ΅ Mapyro™ μμ λΆ μΆμ₯μ΅ partners with the best New Buffalo Hotel μμ° μΆμ₯λ§μ¬μ§ & μμ μΆμ₯μλ§ Casino operators. λΉμ§ μΆμ₯μ΅